Pedoman

Artikel-artikel ini dikumpul sebagai pedoman untuk diri-sendiri dan kalian yang sudi menjengah ke blog ini, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya...

Amal Jariah

Amal jariah ialah satu kebajikan yang pahalanya berterusan sehingga ke hari kiamat. Ia sebagai bekalan umat Islam untuk bertemu dengan Allah SWT di hari kiamat kelak. Di antara bentuk-bentuk amal jariah ialah sedekah, membantu umat Islam dan lain-lain. Landasan dan seruan untuk beramal jariah ialah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu:
(1) Sedekah jariah
(2) Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya dan
(3) Ilmu yang bermanfaat"

Orang yang tidak beramal dengan amal jariah tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah SWT, maka RUGILAH mereka di dunia dan akhirat. Kaitan antara amal jariah dengan perniagaan dan kekayaan adalah membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam, tiada penipuan, rasuah dan seumpamanya. Ini selaras dengan ayat al-Quran dalam surah Fathir ayat 29 yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi"