Pedoman

Artikel-artikel ini dikumpul sebagai pedoman untuk diri-sendiri dan kalian yang sudi menjengah ke blog ini, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya...

Ramadhan Datang Lagi

Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON
RAMADAN bakal menjelang lagi. Peluang keemasan ini sewajarnya dimanfaatkan oleh semua umat Islam dengan sebaik-baik mungkin. Malah kita perlu merasakan Ramadan kali ini adalah yang terakhir dalam hidup untuk membangkitkan motivasi agar dapat beramal dengan lebih baik. Justeru, kita perlu memperbaiki azam untuk menjadikan Ramadan ini lebih bermakna daripada tahun-tahun sebelumnya.
Antaranya, kita perlu memperbetul dan memperelokkan niat. Kita perlu ikhlas bahawa ibadah ini demi Allah SWT semata-mata. Niat yang betul kerana Allah berupaya mendorong kita untuk lebih berusaha memperoleh pelbagai ganjaran.Nabi Muhammad SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan dinilai berdasarkan niat dan bagi setiap orang apa yang dia diniatkannya. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Ini bermakna, kita perlu menumpukan kepada usaha mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah dan bukannya berlumba-lumba membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya.
Perkara kedua ialah kita perlu bersedia daripada segi fizikal, mental dan material bagi meraih bonus yang tidak terhingga di bulan Ramadan. Umat Islam disaran menjaga kesihatan tubuh badan agar dapat berpuasa di siang hari.Mereka juga perlu bersedia daripada segi mental untuk melawan nafsu tidur, makan dan keinginan lain yang boleh mengurangkan pahala ketika berpuasa.Begitu juga seseorang perlu bersedia daripada aspek kewangan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan menyediakan juadah berbuka puasa. Nabi Muhammad bersabda: Barang siapa yang memberi iftar (jamuan untuk berbuka puasa) nescaya akan diampunkan dosanya dan dibebaskan daripada api neraka.
Ketiga, kita perlu berazam untuk tingkatkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi ibadat puasa. Ini bermakna, kita perlu berazam untuk meningkatkan kualiti puasa. Ia boleh dilakukan dengan tidak membataskan puasa hanya dengan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa.Sebaliknya ditingkatkan dengan menjaga seluruh pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat. Di samping itu perkara-perkara wajib yang lain seperti sembahyang fardu dan menutup aurat juga turut dilaksanakan.
Keempat, kita perlu berazam untuk diberi peluang beribadat di malam Lailatulqadar. Ia adalah malam kemuliaan yang datang sekali setahun. Malam yang pahala beribadah padanya menyamai 1,000 bulan atau kira-kira 83 tahun 4 bulan. Justeru setiap individu Muslim perlu mempersiap diri untuk menjejaki malam itu.
Dan yang kelima, kita perlu sentiasa berharap dan berdoa agar ibadah puasa diterima oleh Allah. Setiap umat Islam perlu menaruh harapan tinggi agar puasanya diterima.Oleh itu, kita digalakkan memperbanyak amalan sunat seperti bersedekah, tadarus al-Quran, iktikaf di masjid dan sebagainya bagi menampung kecacatan dan kekurangan ketika berpuasa.Akhirnya diperingatkan juga agar sesiapa yang masih berhutang puasa agar segera mengqada puasa berkenaan. Kegagalan melunaskannya kemungkinan menyebabkan seseorang dinafikan daripada berbagai-bagai keistimewaan yang disediakan oleh Allah SWT di bulan Ramadan.

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Amal Jariah

Amal jariah ialah satu kebajikan yang pahalanya berterusan sehingga ke hari kiamat. Ia sebagai bekalan umat Islam untuk bertemu dengan Allah SWT di hari kiamat kelak. Di antara bentuk-bentuk amal jariah ialah sedekah, membantu umat Islam dan lain-lain. Landasan dan seruan untuk beramal jariah ialah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara iaitu:
(1) Sedekah jariah
(2) Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya dan
(3) Ilmu yang bermanfaat"

Orang yang tidak beramal dengan amal jariah tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah SWT, maka RUGILAH mereka di dunia dan akhirat. Kaitan antara amal jariah dengan perniagaan dan kekayaan adalah membantu mempertingkatkan ekonomi umat Islam, tiada penipuan, rasuah dan seumpamanya. Ini selaras dengan ayat al-Quran dalam surah Fathir ayat 29 yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi"

Rukun Iman

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.




Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman:-
Percaya kepada
Allah
Percaya kepada
Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
Percaya kepada
Malaikat-Malaikat
Percaya kepada
Kitab-Kitab
Percaya kepada
Hari Akhirat
Percaya kepada
Qada' dan Qadar
Selain itu penganut
agama Islam juga perlu mematuhi 5 Rukun Islam.
(Lihat juga :
Iman)
Isi kandungan[
sorok]
1 Dalil Al Quran tentang Rukun Iman
2 Dalil Hadis tentang Rukun Iman


[sunting] Dalil Al Quran tentang Rukun Iman

" Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa’: 136)[1]

Dari ayat diatas Rukun Iman disebutkan hanyalah lima perkara iaitu
Percaya kepada
Allah
Percaya kepada
Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
Percaya kepada
Malaikat-Malaikat
Percaya kepada
Kitab-Kitab
Percaya kepada
Hari Akhirat
Tidak disebut rukun iman ke-6 iaitu
Percaya kepada
Qada' dan Qadar


Kewajipan beriman kepada
Qada' dan Qadar sememangnya tidak diterangkan di dalam ayat 136 surah an-Nisaa’. Namun begitu, Rukun Iman ke-6 yang digariskan oleh Rasulullah tetap mempunyai asas di dalam al-Quran berdasarkan kepada ayat-ayatnya yang lain iaitu:-

"
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Al-Hadid: 22-23)[2]


[sunting] Dalil Hadis tentang Rukun Iman
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

"
Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu?Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit.Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu?Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan solat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan.Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu?Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu.Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu?Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah.Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka. (Kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 10)[3]

"Ya Allah... Tunjukkan kepada kami yang benar dan jadikan pilihan kami mengikuti yang benar itu. Dan juga tunjukkan kepada kami yang tidak benar dan permudahkan kami meninggalkannya."

Sempurnakan rukun.....


1. Rukun Islam




2. Cara Solat

KESEMPURNAAN SOLAT PEMANGKIN INTEGRITI

FIKIRKAN!!!
Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Kami sembahyang sudahlah tentu
Tiap hari 5 lah waktu
Supaya Allah menjadi sayang
Kami belajar hatilah riang

TAKRIF SOLAT
BAHASA: DOA
ISTILAH: PERBUATAN DIMULAI DGN TAKBIRATUL IHRAM DAN DISUDAHI DGN SALAM DGNNYA KITA BERIBADAT KPD ALLAH DGN SYARAT TERTENTU

ROH SOLAT
“ MENGHADAP ALLAH DENGAN KHUSYU’,IKHLAS,HADIR HATI SERTA BERZIKIR DAN MEMUJI ALLAH”

DALIL WAJIB SOLAT
“DIRIKANLAH SOLAT, SESUNGGUHNYA SOLAT ITU DAPAT MENCEGAH DIRI KAMU DARI MUNGKAR”- (Al-Quran)
“SESUNGGUHNYA SOLAT ITU SATU KETETAPAN YANG DIWAJIBKAN KE ATAS ORANG-ORANG BERIMAN, YANG TERTENTU WAKTUNYA. ( An-Nisaa’: 103 )
“SOLATLAH KAMU SEBAGAIMANA KAMU LIHAT AKU SOLAT”-(Al-Hadis)

KEISTIMEWAAN SOLAT
-IBADAH PERTAMA DIFARDHUKAN
-SOLAT TIANG AGAMA
-DIFARDHUKAN KETIKA MIKRAJ NABI
-AKHIR WASIAT RASULULLAH S.A.W
-SOLAT ‘AMAL PERTAMA DIHISAB ALLAH
-PERBEZAAN ANTARA MUSLIM DAN KUFUR

MATLAMAT SOLAT
ان الصلاة تنهى عن الفحشاء و المنكر“”
“ Sesungguhnya solat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar”
BAGAIMANA?
Menelusuri kehebatan solat.
Niat (Penghayatan Konsep Ihsan).
Wudhuk yg sempurna (Penekanan Elemen Disiplin)
Keakuran Pada Perintah
Fokus
Tawakkal

IMPLIKASI SOLAT
MENGUASAI DIRI / MEMBINA JATI DIRI
KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT
MENDAPAT KETENANGAN DUNIA DAN AKHIRAT
MEMBENTUK PERPADUAN

KATEGORI ORANG BERSOLAT
-Solat tanpa ilmu
-Solat krn pengaruh kebiasaan
-Solat tanpa wudhu’ yg sempurna
-Solat semata-mata meniru
-Solat kerana keperluan dunia
-Solat tanpa khusyu’

GOLONGAN TIDAK BERSOLAT
-Kerana salah sangka
-Jahil pengertian solat
-Malas solat
-Masih muda (happy go lucky)
-Hati tak tenang
-Takut iblis dan syaitan

KELEBIHAN MENDIRIKAN SOLAT
- Mendapat kelapangan hidup
- Mendapat ganjaran daripada Allah

BENCANA MENINGGALKAN SOLAT
-Dihilangkan keberkatan umurnya
-Dihilangkan tanda kesalihan dr mukanya
-Amalan sia-sia
-Doa tidak diterima Allah
-Tidak memperolehi doa org salih
-Mati dlm kehinaan
-Mati dgn kelaparan dan kehausan
-Dihimpit kubur
-Dinyalakan api Jahim dlm kubur
-Disiksa As-Syuja’ul-Aqra’

RENUNGAN KISAH ISRA’ DAN MIKRAJ
“Nabi melihat satu kaum yang menghantukkan kepalanya dengan batu sehingga pecah”
Itulah gambaran mereka yang meninggalkan solat dan lalai
SABDA JUNJUNGAN
“Solat lima waktu yang kamu lakukan seperti kamu mandi di lima buah sungai setiap hari maka tidak bersihkah lagi kekotoran pada badanmu”
“Solat dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun-daun kering”

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA
-MUDA SEBELUM TUA
-KAYA SEBELUM MISKIN
-LAPANG SEBELUM SIBUK
-HIDUP SEBELUM MATI
-SIHAT SEBELUM SAKIT

Pergi Tak Kembali - Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi