Pedoman

Artikel-artikel ini dikumpul sebagai pedoman untuk diri-sendiri dan kalian yang sudi menjengah ke blog ini, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya...

Pedoman di Sebalik Kisah Banduan Akhir

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Baru-baru ni mak suruh ana baca satu artikel dalam sebuah akhbar, mak cakap “Ambil iktibar dari cerita tu”. Ana jadi heran & tertarik dengan kata-kata mak tu. Tertanya-tanya jugak apa yang buat mak cakap macam tu. Bila ana selesai baca artikel tu terus terpacul kalimah “Subhanallah” dari bibir. Kebetulan masa tu ana memang tengah cari bahan untuk dimuatkan dalam blog, so cepat-cepat ana taip & save dalam computer. Ana harapkan cerita kali ni dapat dijadikan panduan hidup kita semua dalam mengejar kebahagiaan duniawi & ukhrawi.
Mengikut artikel tu, ada sorang banduan yang pernah dipenjarakan di Kem Kamunting atas satu kesalahan. Tak payahla ana nyatakan namanya di sini (ana tak mau catatan ni disalah ertikan) cukupla ana katakan kes beliau terpampang di front page semua akhbar satu ketika dulu. Mesti ada yang pelik bila ana gelar banduan tu “beliau”
kan
? Ana bukan judge beliau dengan title banduan yang beliau galas di dunia, tapi darjat kemuliaannya di sisi Allah s.w.t. Kembali ke cerita tentang banduan tu, sepanjang waktu beliau di penjara, beliau merupakan seorang Muslim yang berdisiplin, kuat beramal, mengaji, solat malam & mempunyai hubungan baik sesama banduan lain. Seminggu sebelum beliau dihukum gantung, Pengarah Penjara menziarahi sel beliau & terkejut kerana terdapat bau yang harum. Malah, ketika pengarah tu balik ke rumah pun, baju beliau masih terbau haruman tu.
Pada malam sebelum banduan tu digantung, beliau berpesan supaya dikejutkan pada jam 4 pagi (beliau digantung Subuh hari Jumaat). Didapati malam tu beliau tidur dengan lena sekali sedangkan secara kelazimannya orang yang akan digantung akan resah & gelisah. So, bila jam dah tunjuk pukul 4 pagi, pegawai penjara pun kejutkanla. Selepas dikejutkan, beliau bangun buat solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur. Beliau sempat berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika sujud syukur. Pegawai penjara pun tunaikan permintaan tu.
Tiba saat untuk digantung, beliau didapati pengsan. Disebabkan masa semakin suntuk, pegawai tetap meneruskan hukuman. Kepalanya disarungkan kain hitam & hukuman dijalankan. Yang mengejutkan para pegawai ialah hukuman tu seolah-olah dijalankan ke atas sebuah anak patung. Mana taknya, tiada jeritan kedengaran dan tiada pergerakan berlaku. Selipar Jepun yang beliau pakai pun tak tertanggal manakala tasbih di tangan tak terlepas dari genggaman. Tali yang digunakan pula tegang tanpa pergerakan seolah-oleh beliau tak meronta. Sebaik saja penutup kepala ditanggalkan, lidah beliau tak terjelir langsung. Subhanallah! Antum tanyala mana-mana pegawai Bilik Akhir sekalipun, mereka akan kata banduan yang dihukum pasti meronta-ronta, menjerit & terjelir lidahnya.
Ada juga pendapat mengatakan nyawa beliau mungkin diambil Allah ketika sujud syukur kerana jari telunjuknya berada dalam kedudukan seperti ketika tahiyat akhir. Pada ana betul @ tak pendapat tu hanya yang Maha Mengetahui dapat pastikan.
Penulis artikel tersebut mendapat bahan ni dari sebuah e-mel. Sebagai seorang yang profesional, beliau tidak percaya dengan melulu cerita tersebut sebaliknya beliau menghubungi abang Allahyarham terlebih dulu. Abang Allahyarham mengesahkan semua yang diceritakan tu. Malah apa yang menyentakkan jantung ana ialah abang beliau mengatakan bahawa lebih seribu orang datang menunaikan solat jenazah untuk Allahyarham.
Kes yang disabitkan ke atas Allahyarham sebetulnya tak pernah terbukti kebenarannya. Senang cerita, semua bukti & alibi menunjukkan kes tersebut langsung tak logik & Allahyarham sebenarnya tidak bersalah. Kenapa beliau ditahan di Kamunting & kenapa beliau dihukum gantung (walaupun tak bersalah), itu ana tak perlu persoalkan. Cukupla sekadar ana katakan bahawa hukuman yang dijatuhkan tu adalah perbuatan pihak yang tak bertanggungjawab & ana memang dari dulu tak pernah percaya dengan kewujudan kes tu. Oh ya, kenapa perkara ni tak dihebohkan dalam akhbar mahupun televisyen tempatan pun, tak perlu ana huraikan. Biarlah Al-Khaliq saja yang menentukan hukuman ke atas individu-individu yang tak bertanggunjawab ni. Yang pasti, Allahyarham walaupun pernah bergelar banduan di dunia (atas kesalahan yang beliau tak pernah lakukan) sekarang sudah berkelana menuju redha Rabnya.
Lihatlah bukti kekuasaan Allah. Dia mampu tunjukkan kebenaran yang cuba diselindungkan hamba-hamba-Nya yang berhati keji. Semoga Allah membuka pintu hati pihak tersebut untuk bertaubat satu hari nanti & semoga kita diberi hidayah melalui artikel ni.