Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telahmenganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu RasulullahS.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akanAl-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana dikala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan iabertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membacaakan menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dankamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernahmembacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yangpernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" LaluAl-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T.Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya,kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayanh dan ibunya pulayang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walauberlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kamimemperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberiini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an." |